Event di Menara TM : Millenials Sale

Hi,

Just nak inform you guys, pada 28 NOV ini sehingga lah1 DIS, Emorra Beauty akan buka booth di Dewan MPH, Menara TM.

Event tersebut adalah ...
***

Tempat : Dewan MPH, Menara Rebung TM

Tarikh : 28 November sehingga 1 Disember

Masa : 10.00 a.m - 5.00 p.m

Event : Millenials Sale

Produk yang akan dijual :

1) Emorra Skin Care (50% OFF)
2) Emorra Lucent Glow Serum (50% OFF)
3) Emorra Glow C Shine (35% OFF)
4) Emorra Darling DD Air Cushion Foundation (40% OFF)

***


JANGAN LUPA DATANG UTK MEMERIAHKAN MAJLIS!

#EmorraBeauty ada buat PROMOSI BESAR-BESARAN!!
Pelbaga HADIAH EKSLUSIF utk diberi!
.
Caranya:
Anda hanya perlu mengambil #selfie dengan mana-mana produk EMORRA kemudian upload di IG &
Jgn lupa tag @emorraofficial & GUNAKAN hashtag #emorramillenialssale !
****
.
JANGAN LUPA TAG KAMI!
.
Claim hadiah anda di booth kami (booth 60) di DewanMPH, Menara TM pada 28 Nov - 1 Dis ini.
INGAT! Hanya yang berselfie sahaja dapat hehe
.
Utk info lanjut, whtsapp ==
011.2853.7220

Bedak + NYX Lipcream






"BILA ADA BEDAK + LIPSTICK, BARULAH NGAM!"


Rushing nak keluar sampai tak sempat nak calit lipstick?
Muka rasa mcm pucat sangat?
Ramai tegur mcm mayat hidup?

JANGAN RISAU DEAR!

Emorra ada buat pakej! Everything on SALE!



Hanya perlu order DARLING FOUNDATION shj, kami akan beri anda FULL PAKEJ, bedak (foundation) + lipcream + face mask! 

Nyx Lipcream youuuuu.

--- FREE POSTAGE TOO!!! ---

Whtspp sy skrg & dptkan DARLING hari ni --> 011.2853.7220


 


Supermoon!



Malam tadi, telah terjadinya peristiwa Supermoon pada 14 November 2016. Supermoon tersebut telah berlaku pada pukul 7.24 malam sehingga 9.54 malam.

Apa itu SUPERMOON?

  • Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi.
  • Ianya kelihatan 14% lebih besar & 30% lebih cerah.
  • Supermoon seterusnya akan berlaku dalam 18 tahun lagi.
  • Supermoon terakhir berlaku pada 19 Mac 2011.



Gambar-gambar sekitar peristiwa Supermoon :

Di Beijing






Di Kelantan


Di Masai, Johor




Antara tweet Supermoon oleh Artis



SubhanAllah begitu indahnya ciptaan Allah. Semoga kita dapat berjumpa dengan Supermoon seterusnya!

Indeed, We (God) offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant. (Qur'an 33:72)

Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-45 : Donald Trump






Satu dunia terkejut apabila keputusan Pemilihan Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) diumumkan semalam (09/11/2016). Donald Trump telah mengalahkan calon Presiden AS yang lain iaitu Hillary Clinton, bekas Senator & Setiausaha Agung AS dengan undian sebanyak 279 - 228.



Disini admin akan rungkaikan siapa itu Donald Trump, iaitu Presiden AS yang ke-45 selepas Barack Obama & apakah manifesto beliau.

  • Seorang ahli perniagaan & personaliti rancangan TV iaitu 'The Apprentice'.
  • Mempunyai tahap pendidikan Ijazah dalam bidang Ekonomi daripada Wharton School of the University of Pennsylvania pada tahun 1968.
  • Donald J. Trump merupakan pembawa & penyokong Parti Republik.

Keputusan Pemilihan Presiden AS (09 Nov 2016)
sumber : http://www.foxnews.com/politics/elections/2016/presidential-election-headquarters


Manifesto Donald J. Trump

          -1) Pembinaan Dinding Sempadan US - Mexico

- Donald J. Trump turut menyelar segelintir Mexican sebagai penjenayah & perogol di US. Analisis BBC menganggarkan dinding sempadan memakan kos sebanyak $2.2billion dan $1.3billion.

         -2) Muslim tidak patut berada di US

- Berikutan serangan pengganas di California, Trump membuat keputusan untuk menutup dan melarang Muslim daripada memasuki US sehingga tindakan seterusnya dilakukan.
- Trump juga mengatakan dia akan menggantung imigresen di beberapa kawasan yang berbahaya yang mempunyai sejarah mengeksport senjata-senjata keganasan.
- Berita ini telah menggemparkan seluruh warga Muslim di US. Ada yang bertindak melarikan diri & menjadi pelarian di beberapa negara jiran di AS seperti Kanda, Brazil dan lain-lain.
- Trump turut menggelarkan muslim sebagai terorrist / pengganas di US berikutan kes serang di World Trade Centre pada 11 September.

          -3) Dunia akan menjadi aman jika Saddam Hussein & Muammar Gaddafi masih berkuasa

- Trump mengeluarkan kenyataan di CNN bahawa keadaan di negara Syria & Libya adalah 'lebih teruk' daripada keadaan sebelum diperintah oleh Hussein & Gaddafi,
- Walaupun Trump mengakui bahawa Saddam ialah "lelaki yang dahsyat" tapi beliau tidak menafikan bahawa Saddam mampu menangani pengganas dengan sangat baik.


          -4) Pendatang haram perlu segera dihantar pulang

- Trump berkata dia akan menghantar pulang pendatang haram di AS yang berjumlah sekitar 11.3 juta orang.
- Namun begitu, idea ini dikatakan 'xenofobia' dan memakan kos yang sangat besar.

DLL

Sumber : http://www.bbc.com/news/world-us-canada-34903577

--

Dan pada saat ini, seluruh negara berada dalam ketakutan kerana kita masih tidak tahu hala tuju pemerintahan Donald Trump ini.

Ada segelintir Muslim di AS sudah merasai ketakutan & ada juga yang dipaksa untuk membuka hijab / tudung. 



Ramai rakyat Amerika sendiri juga, meluahkan rasa kecewa & marah apabila keputusan tersebut diumumkan. Tidak kurang juga, selebriti luar negara seperti Chris Evans (Captain America), Maher Zain, Niall Horan (ahli One Direction) dan lain-lain.







Ramai tidak tahu apakah musibat & kesan selepas pemilihan ini. Adakah Muslim sentiasa berada dalam ketakutan & terus-terusan menjadi pelarian di negara orang? 

Atau mungkinkah Trump akan berubah hati & menjadi Presiden yang bertimbang rasa & bijak?

Apa-apa pun, kita sebagai umat Islam teruskanlah berdoa semoga diberi perlindungan daripada penganiayaan orang-orang kafir & Dajjal. Kita juga perlulah menolong saudara Islam kita tidak kirea kaum mahupun warna kulit mereka.  


Urutan Yang Betul Untuk Penjagaan Kulit Wajah Anda

Dengan kehadiran pelbagai jenis produk untuk kulit wajah pada masa sekarang, membuatkan kita keliru yang mana satu patut di pakai dahulu?

Adakah caranya untuk pakai sahaja ataupun dengan mengikut turutan?



Okay akak semua, jangan keliru & bingung.

Mari sini, penulis ceritakan.

Yang Pertama....

Mulakan dengan

1. Pencuci Muka / Cleanser

- Membersihkan kotoran & minyak di muka secara terperinci & kemudian muka dibilas dengan menggunakan air
- Perlu digunakan setiap hari sekurang-kurangnya 2x sehari.

*

2. Toner

- Ketika muka dicuci dengan menggunakan pencuci muka, pori kulit kita akan terbuka & disini toner memainkan peranan yang penting.
- Toner digunakan untuk menyegarkan kulit muka & mengeluarkan kotoran minyak yang berlebihan di dalam pori.
- Sekaligus mengurangkan rembesan minyak di muka & menutup pori yang terbuka itu.

*

3. Treatment / Serum / Emulsion

- Berfungsi untuk merawat cela wajah.

*



4. Moisturiser / Pelembap

- Pelembap wajar digunakan secara kerap.
- Berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering & menyerikan wajah.

*

5. Day cream

- Fungsi day cream adalah untuk anti-penuaan, memutih, menganjalkan & menyegarkan kulit.
- Penggunaan adalah 1x sehari iaitu pada waktu siang (jika malam, gunakan night cream sebelum tidur).

*

6. UV Protection

- Berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UV apabila keluar.
- SPF 25 sudah memadai.

*

7. Bedak / Compact Powder

- Final touch up.
- Menutup cela wajah & melindungi kulit daripada sinaran UV (jika bedak anda mengandungi SPF).

*******



Atau,

Anda boleh sahaja menggunakan SET SKIN CARE EMORRA, bertindak sebagai rejim pencerahan semulajadi yang membantu meudarkan kesan jerawat, jeragat sekaligus merawat dan menghilangkan pigmentasi.

Memperbaiki kulit wajah anda dengan hanya sekali cucian!

Kebaikan Madu Pada Kesihatan & Kecantikan Wajah

Sepertimana kita sedia tahu, madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w selain daripada kurma, sus & lain-lain.

Madu mempunyai 1001 kebaikan & khasiat yang terkandung di dalamnya. Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur ke dalam makanan mahupun masakan. Bahkan ianya juga boleh digunakan sebagai masker untuk wajah. Madu telah digunakan secara meluas sejak beribu tahun dulu lagi secara tradisional.





KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN


1) Membantu proses detoksifikasi (Detoxification)

Madu sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Ia mengandungi bahan didalamnya yang dapat membuang racun. 
Jika diminum bersama perahan lemon, kesan detoksifikasi adalah lebih efektif.

2) Meningkatkan sistem pertahanan badan

Madu mempunyai sifat penghapus bakteria & antioksidan yang dapat menghalang sebarang sel yang berbahaya di dalam badan kita. 
Ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan merupakan sumber kalori yang baik untuk badan.

3) Melancarkan sistem pencernaan makanan

Madu mengandungi bahan antiseptik di dalamnya yang mampu mengurangkan asid di dalam perut sekaligus melancarkan usus kita.
Campurkan madu dengan air panas jika anda kerap mengalami masalah untuk membuang air besar.

4) Memberi tenaga tambahan pada pagi hari

Anda boleh mencampurkan madu bersama kopi atau teh anda pada pagi hari. 
Ini disebabkan madu mempunyai pelbagai khasiat antaranya mood booster.


KHASIAT MADU UNTUK KECANTIKAN WAJAH & KULIT


1) Memelihara kecantikan kulit

Madu mempunyai pelbagai mineral di dalamnya. 
Antaranya adalah magnesium, potassium dan juga kalsium yang dapat menjadikan kulit wajah anda tampak lebih sihat & berseri.

2) Anti-penuaan 

Madu juga bertindak sebagai anti-penuaan pada kulit anda. 
Juga boleh dijadikan sebagai masker & toner untuk kulit wajah anda.

3) Melembapkan kulit

4) Membersihkan kulit

5) Meyembuhkan kulit

6) Melindungi kulit

*
Rupanya terdapat banyak khasiat madu yang kita pandang sebelah mata sahaja. Mulai hari ini, amalkan meminum madu secara teratur & konsisten. Semoga kulit wajah kita kekal sihat & segar sepanjang masa.



Perlukan skin care atau produk yang mengandungi madu & 100% halal & selamat?

Gunakanlah produk EMORRA BEAUTY. Dijamin kulit kekal lembap & segar sentiasa!



Keeping your beauty, Emorra

10 Fakta Menarik Mengenai Darling DD Air Cushion Foundation

Sudah lama rasanya blog ini tidak diupdate dengan post mengenai produk terhebat EMORRA BEAUTY ini.

Nak tau apa?

Mestilah DARLING DD AIR CUSHION FOUNDATION!

Ramai meragui keberkesanan DARLING DD AIR CUSHION FOUNDATION ni. Pernahkah anda mendengar peribahasa 'Tak kenal Maka Tak Cinta'?

Begitulah jua dengan Darling. Dah ramai mencubanya malah ada yang dah repeat 3-4 kali dalam masa sebulan. Katanya untuk stok akan datang, mana lah tahu promosi hebat yang diadakan oleh Emorra akan habis.

Hehe.

*

Sudah ramai yang mencubanya, anda bila lagi? Jangan sampai stok dah habis baru menyesal :(

Disini, penulis akan senaraikan 10 fakta hebat mengenai produk laris keluaran bumiputera ini. Tak lain tak bukan, mestilah DARLING DD AIR CUSHION FOUNDATION.


10 FAKTA MENGENAI DARLING DD AIR CUSHION


  • Darling DD Foundation mampu menyembunyikan masalah muka anda seperti jerawat, parut jerawat, jeragat, pori terbuka & lain-lain.

  • Ia juga membantu merawat kulit wajah disamping menyembunyikan cela wajah.

  • Darling juga mampu menjadikan kulit anda kelihatan glowing & natural. Sangat sesuai digunakan pada kulit yang normal & berminyak.

  • 100% BAHAN NATURAL, TIADA BAHAN KIMIA yang berbahaya & DILULUSKAN oleh KKM.

  • EMORRA BEAUTY ada mengadakan pelbagai promosi untuk kesemua produk Emorra seperti set skin care, serum, supplement serta foundation air cushion (Darling).

  • Anda boleh mendapat 2X GANDA FOUNDATION hanya di dalam satu air cushion.

  • 100 pelanggan bertuah akan mendapat FREE MASK, FREE T-SHIRT & FREE SET SKIN CARE!!!

  • Anda boleh mendapat 2 FOUNDATION hanya pada harga promosi!

  • FREE POSTAGE utk 10 pelanggan bertuah.

  • Emorra Beauty juga ada membuka peluang untuk menjadi partner business kami, anda hanya perlu whatsapp number di bawah untuk info lanjut (keuntungan sebulan mampu mencecah RM5K!)

Whatsapp / Call 011-2853.7220 (fara) sekarang untuk info & tempahan! Anda juga boleh book sehingga gaji!

Tak percaya? Whtsapp dulu~

2016 Malaysia Cup : Kedah vs Selangor

* Artikel kali ini hanyalah untuk mengekspresikan rasa kagum dan bangga terhadap pasukan bola sepak negeri Kedah.Assalamualaikum semua. *

-

Assalamualaikum semua..

Malam tadi (30/10/2016) telah berlangsungnya perlawanan bola sepak diantara pasukan bola sepak negeri Kedah menentang Selangor.

Perlawanan amat sengit. Penulis sendiri kagum dengan taktik & strategi yang dimainkan oleh pemain. Sebelum itu, tidak lupa diucapkan TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Kedah!

Terus majukan industri bola sepak di tanah air kita. Syabas diucapkan juga kepada pasukan bola sepak lain.!






Bahaya Dadah Kepada Masyarakat

Semua jelas mengetahu bahawa najis dadah adalah berbahaya & sangat memudaratkan kepada masyarakat. Tapi tahukah kita apakah itu dadah?



- Dadah adalah sejenis bahan kimia yang proaktif dan mempunyai pelbagai kegunaan serta ciri yang berikut :


  • Ianya mempunyai kesan yang sangat efektif ke atas sistem saraf pusat manusia (otak & saraf tunjang).
  • Dadah menjadi salah apabila ianya bukan digunakan untuk tujuan perubatan & penggunaannya adalah dilarang sama sekali.
  • Ianya turut dianggap melanggar undang-undang kerna diperolehi secara haram tanpa lulusan kastam mahupun kerajaan.
  • Kesan dadah boleh membawa kepada penggantungan fizikal & psikologikal dan ianya juga boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan & fungsi sosial.
  • Pelbagai jenis dadah boleh didapati sekarang. Antara jenis dadah yang terkenal di Malaysia adalah heroin, ecstasy, ganja, cocaine, dan syabu.
**********

Akibat penyalahgunaan dadah :

- Apabila penggunaan pil ekstasi (ecstasy) digunakan secara berleluasa di kalangan remaja, akan timbulnya pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas, aktiviti samseng, ponteng kelas, merokok, vandalisme, kegiatan di pusat permainan video dan lain-lain

Dadah boleh diambil melalui suntikan ataupun melalui mulut.

Kedua-dua cara ini adalah berbahaya dan boleh mendatangkan penyakit yang kekal.

Kesan pengambilan dadah secara SUNTIKAN :
  • AIDS, Hepatitis B, C dan D.
  • Meningtis (penyakit jangkitan otak)
  • Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
  • Tetanus (penyakit kancing gigi)
  • Bisul, kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.

Kesan pengambilan dadah melalui MULUT :
  • Kerosakan paru-paru dan hati
  • Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
  • Kerosakan buah pinggang.
  • Berat badan menurun & kemungkinan membawa kepada lumpuh
**********

Bagaimana pula kesan kepada mental?


1. Pemikiran
  • Fikiran penagih dadah akan menjadi tidak stabil, tidak seperti manusia yang normal.
2. Tingkah Laku
  • Penagih dadah akan berkelakuan tidak normal serta kerap melanggar undang-undang.
  • Suka mencuri, berbohong dan sering menyendiri.
3. Kepercayaan
  • Kepercayaan mereka akan menjadi terbalik serta songsang.
  • Apa yang benar akan menjadi salah dan apa yang salah akan menjadi benar bagi mereka.

************

Hatta, hendaklah kita menjauhi diri kita daripada najis dadah & bertekad untuk membasmi kegiatan tidak bermoral ini. Selamatkan keluarga kita dan pantau akan aktiviti anak-anak kita.

Membaca kesannya sahaja sudah tidak sanggup untuk kita bayangkan apatah lagi bila ianya terjadi pada kita.

Ibu bapa & guru memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan generasi akan datang tidak terjebak dalam kancah sosial ini, maka tumpukanlah perhatian anda sepenuhnya kepada anak-anak anda.

"Jauhilah DADAH, ianya adalah musuh negara."


Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru #prayforHSA


Baru-baru ini satu Malaysia digemparkan dengan berita mengenai kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru pada hari Selasa (25 Okt 2016). Seramai 294 pesakit & 193 kakitangan hospital dilaporkan berada pada tempat kejadian. Berikut merupakan foto-foto di sekitar tempat kejadian.





Ada yang kata punca kebakaran adalah disebabkan oleh letupan iphone yang dicharge berdekatan dengan tong bekalan oksigen.


*

Malangnya, seramai 6 orang telah terkorban dan sudahpun telah dituntut oleh waris keluarga masing2.

Oleh itu, penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Mohon bersabar & bertenang. Anda sedang diuji oleh Allah s.w.t.

Rentetan kejadian ini telah mengundang pelbagai rasa daripada warga Malaysia dimana rata-rata melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa di atas tragedi ini.






Ternyata masih wujud perpaduan & sifat prihatin dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira umur, warna kulit & jantina. Penulis bangga dilahirkan dalam Malaysia.

Tapi, yang paling best & terharu adalah...


DAULAT TUANKU!

Semoga Tuanku mendapat rahmat yang melimpah dari Allah s.w.t.


*

Dan pada hari ini, admin terdengar akan desas-desus mengenai tragedi ini. Ada yang menyalahkan Sultan Johor dan ada juga yang menyalahkan kerajaan. Apa sebenarnya berita ini?

Tapi, apa-apa pun, jawapan Sultan Idris memang power!


Dan jawapan Tunku Idris..

Thorbaikkkk! Entah lah dik, adik kena banyakkan buat research lagi ye :)

Walaubagaimanapun, ini adalah peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Bukan hanya setakat Johor, malah negeri-negeri lain turut berduka cita akan apa yang berlaku.

Semoga keluarga mangsa bertabah & sabar melalui dugaan ini. Salam takziah.

#prayforHSA #prayforHSA #prayforHSA #prayforHSA #PrayForHSA









 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops