Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

KULIT LICIN, SIHAT DAN FRESH

NAK KULIT LICIN, SIHAT DAN FRESH?JOM AMALKAN TIPS NI



Nak jaga kulit muka memang sangat susah kan. Kadang-kadang jerawat naik tanpa diundang. Mula lah runsing. Pernah tak terfikir betul atau tidak rutin penjagaan kulit wajah kita. Jom sis share macam mana nk dapatkan kulit putih mulus dan tanpa masalah.


1. Pencuci Muka

Pastikan anda mencuci kulit wajah setiap hari pada waktu malam selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka. Cukup dengan percikan air suam mampu buatkan wajah segar dan bersih.

2. Skrub

Gunakan skrub wajah seminggu sekali untuk pastikan kulit sentiasa segar dan bersih. Ianya baik demi membuang kulit mati yang berada di sekitar wajah. Bahkan ia mampu berikan kulit kelihatan seakan dilahirkan semula.



3. Serum

Ramai yang sering meninggalkan rejim ini dalam penjagaan asas kulit, sedangkan ia penting demi kulit yang sihat sepanjang masa. Gunakan serum pada wajah kerana dengan penggunaannya, kulit akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Bahkan, ada serum yang mampu memberikan kulit lebih cerah dan berseri sekelip mata.


4. Pelembap

Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.





5. Krim pelindung cahaya matahari

Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, pastikan anda sudah menggunakan krim pelindung cahaya matahari kerana sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit serta memberikan impak buruk pada wajah seperti jeragat, kedutan dan berisiko untuk terkena kanser kulit. Sekurang-kurangnya dengan SPF30 ia sudah mampu melindungi kulit dari bermasalah.




Ikuti 5 langkah penting ni pasti kulit muka korang akan berseri, tiada parut tiada noda dan hilang segala masalah.

Berminat dengan produk emorra??


Whataps 011.2117.9477



Ketahui 9 rutin Penjagaan Kulit


Memiliki kulit yang sihat dan bersih tanpa sebarang cela memang mengujakan golongan wanita.  Namun untuk mendapatkan kulit yang tidak bermasalah seperti jerawat atau penuaan, ia bukan semudah mengungkapkan kata-kata manis dibibir.

Penjagaan dirumah amat memainkan peranan penting dalam memastikan kulit wajah dan badan kekal sihat, cantik dan bersih. Jom baca tip penjagaan kulit secara efektif.

1- Minum air secukupnya
- Bagi mengekalkan kulit yang cantik dan bersinar , kulit anda memerlukan sekuran-kurangnya lapan gelas air sehari.  Amalkan pengambilan air teh pada waktu pagi, air mineral sepanjang hari dan teh herba disebalah malam.

2- Pemakanan Sihat
- Pemakanan yamg sihat adalah bagus untuk badan, malah kulit juga menerima kebaikan yang sama. Buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan anti-oksida amat diperlukan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.



3- Tidur yang mencukupi
- Tidur yang cukup adalah selama 7 hingga 9 jam sehari.  Hasilnya kulit lebih bersinar dan sihat. Tapi ingat, jangan tidur lewat ya!.

4- Lindungi daripada cahaya matahari
- Jangan sesekali keluar rumah tanpa mengoleskan krim pelindung UV.  Seeloknya SPF 50+ dan PA+++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Pakai kaca mata hitam juga bagi perlindungan mata dan bawah mata.

5- Gunakan sabun lembut
- Gunakan sabun yang kandungannya lembut dan bebas buih.  Selalunya sabun yang menghasilkan banyak buih tinggi dengan kandungan bahan kimia lantas menjadikan kulit kering dan tidak berseri.  Jadi seeloknya elakkan dari menggunakanya. Cari mandian susu kambing bagi mengekalkan kelembapan kulit.

6- Gunakan Pancuran
- Mandi menggunakan pancuran air sebenarnya lebih elok berbanding mandian dalam tab kerana ia akan membuat kulit dihidrat. Pastikan air pancuran bersuhu suam dan tidak terlalu panas, kerana air panas akan menegringkan kulit anda.

"Jangan sesekali menggosok dengan kuat melainkan anda mahu kulit anda kering dan menggelupas"


7- Keringkan kulit
- Harus diingat sebelum selesai mandi, pastikan badan anda dibilas bersih dari buih sabun kemudian keringkan badan mengunakan tuala. 

8- Lembapkan Kulit 
- Jadikan pemakaian losen atau pelembab sebagai rutin harian anda.  Selepas anda keringkan badan, lumurkan losen yang sesuai dengan kulit anda.  Ia akan membantu mengembalikan lapisan 'hydrolipidic' yang melindungi kulit.

9- Perlindungan ditempat sejuk
- Sekiranya bercuti ke tempat sejuk atau ditempat berhawa dingin, pastikan anda memakai baju panas 

💗💗💗 Emorra Glow C shine 💗💗💗

Selain dari 9 rutin penjagaan kulit di atas, korang boleh amalkan Emorra Glow C Shine unuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan lembab. Kecantikan luar dan dalam. Tubuh badan yang bertenaga dan cergas.  Glow C shine diperbuat dari kolagen, apple stem cell dan juga tinggi kandungan Vitamin C yang amat penting untuk kecantikan kulit.


EMORRA GLOW C SHINE membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah dan seluruh badan seperti


- Membantu Mencerahkan kulit.
- Menggebukan, menganjalkan kulit.
- Menyamaratakan kulit secara keseluruhan.
- Memudarkan lingkaran gelap bawah mata .
- Mengurangkan keguguran rambut.

- Mengurangkan kulit kepala berminyak & kelemumur.
- Menghilangkan parut & jerawat.
- Anti penuaan dan kadar anti oksidan yang tinggi.
- Mengurangkan eczema.
- Merawat jerawat & ruam halus di badan.
- Mengawal kulit dari berminyak.

- Mengurangkan pigmentasi , jeragat & melasma .
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Mengekalkan kelembapan kulit .
- Menguatkan gigi.
- Mata lebih bercahaya.

- Rambut bersinar dan tidak mudah putus.
- Memberi Tenaga & Stamina lebih tinggi
- Meningkatkan susu badan si ibu yang menyusukan anak kecil, insyaAllah.



Whatapps 011.2117.9477
atau
atau






Formula cantik dalam satu paket !!!!!!!!!


Adakah setiap hari anda mengharungi konfrontasi kecantikan dengan kulit kering? Memperkenalkan Emorra Glow C Shine solusi kepada permasalahan kulit cantik anda. Diformulasi anti-penuaan, mencerahkan, melembab terbaru yang dirumus khas secara khusus unutk merawat masalah kulit yang sering dihadapi oleh wanita.

Nama singkatan EGC adalah kombinasi dari apple stem cell, kolagen dan vitamin C yang terkenal dengan fungsi memperbaiki struktur kulit secara amnya.  Mereka yang arif tentang produk penjagaan kulit wajah sudah sedia maklum terhadap fungsi kolagen dalam memberikan kelembapan kulit yang berterusan.

EGC bukan sahaja bermanfaat untuk wajah tetapi untuk tubuh badan anda. Sebagai contoh, apple stem cell mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi yang membantu proses nyahtoksin tubuh badan serta memberikan tenaga kepada minda dan tubuh badan untuk sepanjang hari.

Formula EGC ini amat mudah untuk dinikmati.  Berikan kulit anda manfaat untuk cantik dengan menikmati produk berbentuk serbuk ini begitu sahaja ketika dirumah atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Kemam dibawah lidah atau bancuh dengan air untuk merasa percikan perisa buah-buahan.


Amalkan EGC setiap hari untuk kesan yang lebih cepat dan pantas. Alami transformasi pada kulit hanya dalam masa 7 hari. Lebih gebu. Lebih lembut. Bersedialah menjadi diri yang baru. Lebih cantik lebih menawan!!






atau
atau
whatapps 011.2117.9477 


Tips Kulit Cantik Semulajadi - 4 cara je...



Tak semua orang bernasib baik, lahir lahir terus dapat kulit cantik, bersih dan gebu kan.. tapi tu tak bermakna kita tak boleh dapat kulit yang cantik. Cuma kena usaha lebih sikit..hehehehe..

Nak dapatkan kulit cantik ni memang agak susah dan renyah.  Banyak benda kena buat kan...
Tapi...... kalau tak buat tak cantik..semua orang nak cantik nak putih gebu ye dakk??? So sis bagi tips-tips untuk cepat cantik dengan menggunakan bahan semulajadi

Sebelum sis bagi petua untuk cantikkan kulit, kita kenal pasti dulu jenis-jenis kulit muka  kita dahulu.  Baru la boleh amalkan petua yang lebih sesuai dengan kulit.

Jenis-jenis Kulit:


  •        Kulit Beminyak

            - Muka berkilat, melekit dan mempunyai pori-pori besar
  •       Kulit Kering

            - Kulit bersisik, pecah-pecah atau kasar
  •        Kulit Sensitif

- Terasa pedih, panas, gatal atau dtumbuhi jerawat selepas pakai make-up atau produk kecantikan
  •      Kulit Kombinasi

- Kering diberapa kawasan seperti pipi dan berminyak pada dahi, hidung atau dagu
  •     Kulit Normal

            - Jika kulit tidak ada tanda-tanda seperti kategori diatas




Berikut 4 Petua Kecantikan menggunakan kaedah semulajadi

1.     Kunyit + Tomato + Lemon



Caranya:
Ambil 1 sudu besar serbuk kunyit, 2 sudu besar pati tomato dan 2 sudu kecil pati lemon.
Kemudian campurkan ke semua bahan sehingga menjadi pes kental.
Sapukan pada kulit tubuh, dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air sejuk. Lakukannya pada setiap hari selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati.

2.     Gula + Minyak Zaitun

Caranya:
Campurkan gula dengan minyak zaitun, kemudian sapukanya pada mana-mana bahagian kulit yang dirasakan gelap.

Biarkan sehingga kering, setelah itu bilaslah dengan air panas suam. Kandungan gula dan khasiat minyak zaitun, selain mencerahkan kulit ia juga boleh melembabkannnya. Lakukan seminggu sekali.

3.     Lobak Merah + Susu



Caranya:
Kisar atau haluskan dua batang lobak merah dengan susu. Kemudian gaul sehingga menjadi pes. Setelah itu, barulah di sapu pada muka ataupun badan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilaslah sehingga bersih.
Gabungan lobak merah dan susu akan membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah dan anjal. Lakukannya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

4.     Serbuk Kopi + Minyak Kelapa Dara

Caranya:
Ambil 3 sudu besar serbuk kopi dan 1 sudu besar minyak kelapa dara. Kemudian campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga rata menjadi seperti pasta.
Aplikasikan skrub tersebut ke seluruh tubuh sebelum mandi. Biarkan kering da  gosoklah perlahan-lahan. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan gunakan cecair mandian untuk menghilangkan sisa skrub tersebut. Lakukan seminggu sekali. 


Nak lagi senang, amalkan Emorra Glow C Shine... 

😄😄😄😄😄



👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Whatapps 011.2853.7220

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement



         Sekarang ni suplement pemutih kulit banyak beredar di pasaran, baik produk local mahupun international, Suplement kerap dipilih oleh mereka yang ingin memutihkan kulit secara , tidak hanya di bagian wajah. Namun, sebelum memutuskan nak ambik sebarang supplement ini, fahami dulu zat apa yang akan masuk ke tubuh Anda.


          Semakin meningkat umur, pembaharuan sel dan penghasilan kolagenakan semakin perlahan, menyebabkan ia kehilangan ketegangan dan keanjalan. Diet yang tidak sihat, pencemaran dan pendedahan kepada bahan kimia lagi mencetuskan proses penuaan, menjadikan kulit kendur dan kusam kerana penampilan garis-garis halus dan kedutan.Oleh sebab adanya antioksidan paling berkuasa dalam supplement bukan sahaja membantu dalam menghilangkan daripada garis-garis halus dan kedutan tetapi ia mencegah peluang ia terjadi pada masa akan datang juga. 


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Supplement:

Bila saya akan merasai kesannya?


Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.



Bila keadaan atau waktu yang sesuai untuk ambil supplement?

Jawapannya, semalam. Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu.. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

Bolehkah saya kekal sihat dengan supplement sahaja?


Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.



Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.


NAK SAYA GUIDE AWAK JOM PM




 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops