Showing posts with label kelebihan. Show all posts
Showing posts with label kelebihan. Show all posts

Kebaikan Mengamalkan Chia Seed Untuk Kurus

Chia Seed

Pernahkah anda mendengar sejenis makanan yang dinamakan Chia Seed? Yup, trending sekarang. Apa itu Chia Seed?


***


 Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.




Antara kebaikan Chia Seed untuk menurunkan badan adalah

1. Dapat Melawan Diabetes


Chia seed dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk melambatkan penukaran karbohidrat menjadi gula. 

Jadi kadar gula tidak melambung tinggi dalam darah. Chia seed juga membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh. Seperti yang anda tahu, insulin adalah penting untuk mengawal gula dalam darah. Ia adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda.




2. Mudah berasa kenyang, mood dan kualiti tidur yang baik

Tryptophan juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Ianya akan memberikan kesan pengawalan selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian. 

Pusat rasa kenyang memiliki tempat khusus di otak, yang memberitahu apakah perut anda telah penuh atau tidak. Pusat rasa kenyang mengontrol rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengatur nafsu makan. Pada anda yang sedang ingin mengawal berat badan, anda perlu dapatkan chia seed ini.



3. Tinggi kandungan Omega-3  dan mengurangkan kolestrol

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Kandungan Omega-3 chia seed lebih tinggi berbanding omega 3 yang terkandung dalam Salmon. 

Omega 3 ini penting untuk perkembangan otak, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida, boleh meningkatkan kesihatan jantung, menjaga tekanan darah, mencegah peradangan, dan boleh mengatasi alergi dan depresi.


4. Mengandungi Serat yang tinggi dan mencegah sembelit


Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. 

Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah serat yang cukup. Oleh kerana serat yang tinggi jadi ianya bermanfaat untuk memperlancar sistem pencernaan, mengurangkan kadar toksin dalam tubuh, mempertingkatkan metabolisme dan mengawal berat badan yang berlebihan.




5. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.



6. Kaya dengan Mineral untuk tubuh

Kaya dengan Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini. 

Kaya dengan Magnesium

Mengandungi magnesium lebih kaya dari brokoli (LIMA BELAS kali!!). Jadi buat anda yang jarang makan sayur brokoli, anda boleh mendapat khasiat megnesium melalui biji chia seed.


Kaya dengan Fosforus

Mineral ini membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita, mengekalkan tahap metabolisme tubuh, dan mencegah osteoporosis.

Kaya kalsium

Kandungan kalsiumnya lebih kaya dari susu

Kaya dengan Potasium/kalium 

Mineral ini penting untuk pembentukan sel, pembentukan organ dalam, menjaga kesihatan jantung, otak, ginjal, kestabilan jaringan otot, mencegah stroke, hipertensi, dan juga stress.

Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed mengandung sumber protein lengkap yang mudah dicerna. Bagi individu yang vegetarian, anda boleh mendapat sumber protein melalui chia seed ini. Ianya juga tak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet anda.



7. Bersifat Antioksidan

Chia seed juga makanan yang kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan memperlambat timbulnya penuaan. Jadi hanya dengan mengunyah chia seed dan ucapkan selamat tinggal kepada krim mahal anti-kerut anda.

=======

Nak tenaga yang pantas & cepat, consume Emorra Glow C Shine sekarang.

PROMOSI!!!


Kebaikan Madu Pada Kesihatan & Kecantikan Wajah

Sepertimana kita sedia tahu, madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w selain daripada kurma, sus & lain-lain.

Madu mempunyai 1001 kebaikan & khasiat yang terkandung di dalamnya. Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur ke dalam makanan mahupun masakan. Bahkan ianya juga boleh digunakan sebagai masker untuk wajah. Madu telah digunakan secara meluas sejak beribu tahun dulu lagi secara tradisional.





KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN


1) Membantu proses detoksifikasi (Detoxification)

Madu sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Ia mengandungi bahan didalamnya yang dapat membuang racun. 
Jika diminum bersama perahan lemon, kesan detoksifikasi adalah lebih efektif.

2) Meningkatkan sistem pertahanan badan

Madu mempunyai sifat penghapus bakteria & antioksidan yang dapat menghalang sebarang sel yang berbahaya di dalam badan kita. 
Ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan merupakan sumber kalori yang baik untuk badan.

3) Melancarkan sistem pencernaan makanan

Madu mengandungi bahan antiseptik di dalamnya yang mampu mengurangkan asid di dalam perut sekaligus melancarkan usus kita.
Campurkan madu dengan air panas jika anda kerap mengalami masalah untuk membuang air besar.

4) Memberi tenaga tambahan pada pagi hari

Anda boleh mencampurkan madu bersama kopi atau teh anda pada pagi hari. 
Ini disebabkan madu mempunyai pelbagai khasiat antaranya mood booster.


KHASIAT MADU UNTUK KECANTIKAN WAJAH & KULIT


1) Memelihara kecantikan kulit

Madu mempunyai pelbagai mineral di dalamnya. 
Antaranya adalah magnesium, potassium dan juga kalsium yang dapat menjadikan kulit wajah anda tampak lebih sihat & berseri.

2) Anti-penuaan 

Madu juga bertindak sebagai anti-penuaan pada kulit anda. 
Juga boleh dijadikan sebagai masker & toner untuk kulit wajah anda.

3) Melembapkan kulit

4) Membersihkan kulit

5) Meyembuhkan kulit

6) Melindungi kulit

*
Rupanya terdapat banyak khasiat madu yang kita pandang sebelah mata sahaja. Mulai hari ini, amalkan meminum madu secara teratur & konsisten. Semoga kulit wajah kita kekal sihat & segar sepanjang masa.



Perlukan skin care atau produk yang mengandungi madu & 100% halal & selamat?

Gunakanlah produk EMORRA BEAUTY. Dijamin kulit kekal lembap & segar sentiasa!



Keeping your beauty, Emorra

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops