KULIT LICIN, SIHAT DAN FRESH

NAK KULIT LICIN, SIHAT DAN FRESH?JOM AMALKAN TIPS NI



Nak jaga kulit muka memang sangat susah kan. Kadang-kadang jerawat naik tanpa diundang. Mula lah runsing. Pernah tak terfikir betul atau tidak rutin penjagaan kulit wajah kita. Jom sis share macam mana nk dapatkan kulit putih mulus dan tanpa masalah.


1. Pencuci Muka

Pastikan anda mencuci kulit wajah setiap hari pada waktu malam selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka. Cukup dengan percikan air suam mampu buatkan wajah segar dan bersih.

2. Skrub

Gunakan skrub wajah seminggu sekali untuk pastikan kulit sentiasa segar dan bersih. Ianya baik demi membuang kulit mati yang berada di sekitar wajah. Bahkan ia mampu berikan kulit kelihatan seakan dilahirkan semula.



3. Serum

Ramai yang sering meninggalkan rejim ini dalam penjagaan asas kulit, sedangkan ia penting demi kulit yang sihat sepanjang masa. Gunakan serum pada wajah kerana dengan penggunaannya, kulit akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Bahkan, ada serum yang mampu memberikan kulit lebih cerah dan berseri sekelip mata.


4. Pelembap

Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.





5. Krim pelindung cahaya matahari

Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, pastikan anda sudah menggunakan krim pelindung cahaya matahari kerana sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit serta memberikan impak buruk pada wajah seperti jeragat, kedutan dan berisiko untuk terkena kanser kulit. Sekurang-kurangnya dengan SPF30 ia sudah mampu melindungi kulit dari bermasalah.




Ikuti 5 langkah penting ni pasti kulit muka korang akan berseri, tiada parut tiada noda dan hilang segala masalah.

Berminat dengan produk emorra??


Whataps 011.2117.9477



0 comments:

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops