- Dadah adalah sejenis bahan kimia yang proaktif dan mempunyai pelbagai kegunaan serta ciri yang berikut :
- Ianya mempunyai kesan yang sangat efektif ke atas sistem saraf pusat manusia (otak & saraf tunjang).
- Dadah menjadi salah apabila ianya bukan digunakan untuk tujuan perubatan & penggunaannya adalah dilarang sama sekali.
- Ianya turut dianggap melanggar undang-undang kerna diperolehi secara haram tanpa lulusan kastam mahupun kerajaan.
- Kesan dadah boleh membawa kepada penggantungan fizikal & psikologikal dan ianya juga boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan & fungsi sosial.
- Pelbagai jenis dadah boleh didapati sekarang. Antara jenis dadah yang terkenal di Malaysia adalah heroin, ecstasy, ganja, cocaine, dan syabu.
**********
Akibat penyalahgunaan dadah :
- Apabila penggunaan pil ekstasi (ecstasy) digunakan secara berleluasa di kalangan remaja, akan timbulnya pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas, aktiviti samseng, ponteng kelas, merokok, vandalisme, kegiatan di pusat permainan video dan lain-lain
Dadah boleh diambil melalui suntikan ataupun melalui mulut.
Kedua-dua cara ini adalah berbahaya dan boleh mendatangkan penyakit yang kekal.
Kesan pengambilan dadah secara SUNTIKAN :
- AIDS, Hepatitis B, C dan D.
- Meningtis (penyakit jangkitan otak)
- Endokarditis (penyakit jangkitan jantung)
- Tetanus (penyakit kancing gigi)
- Bisul, kudis kurap dan pelbagai penyakit kulit lain.
Kesan pengambilan dadah melalui MULUT :
- Kerosakan paru-paru dan hati
- Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
- Kerosakan buah pinggang.
- Berat badan menurun & kemungkinan membawa kepada lumpuh
**********
Bagaimana pula kesan kepada mental?
1. Pemikiran
- Fikiran penagih dadah akan menjadi tidak stabil, tidak seperti manusia yang normal.
2. Tingkah Laku
- Penagih dadah akan berkelakuan tidak normal serta kerap melanggar undang-undang.
- Suka mencuri, berbohong dan sering menyendiri.
3. Kepercayaan
- Kepercayaan mereka akan menjadi terbalik serta songsang.
- Apa yang benar akan menjadi salah dan apa yang salah akan menjadi benar bagi mereka.
************
Hatta, hendaklah kita menjauhi diri kita daripada najis dadah & bertekad untuk membasmi kegiatan tidak bermoral ini. Selamatkan keluarga kita dan pantau akan aktiviti anak-anak kita.
Membaca kesannya sahaja sudah tidak sanggup untuk kita bayangkan apatah lagi bila ianya terjadi pada kita.
Ibu bapa & guru memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan generasi akan datang tidak terjebak dalam kancah sosial ini, maka tumpukanlah perhatian anda sepenuhnya kepada anak-anak anda.
"Jauhilah DADAH, ianya adalah musuh negara."
0 comments:
Post a Comment