Apakah rahsia disebalik SOLAT AWAL?

Seringkali kita terlupa atau menangguh solat kerana kehidupan & aktiviti yang sibuk. Ianya tidak berdosa tetapi tahukah anda, menangguhkan solat adalah tidak elok & tidak digalakkan di dalam Islam?

Ini disebabkan, terdapatnya 1001 rahsia disebalik solat awal ini. Antaranya adalah penyerapan tenaga yang terdapat pada sekeliling kita. Jadi apa kena mengena tenaga ini dengan rahsia di sebalik solat awal?

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT AWAL




1. Fajr (Subuh)
  • - Kesempitan rezeki & gangguan dalam berkomunikasi
  • - Mempengaruhi sistem metabolisme badan
  • - Sewaktu azan subuh, tenaga biru adalah pada tahap optimum
  • - Tenaga ini diserap secara maksimum pada waktu ruku' & sujud





2. Dhuhr (Dhuha)

  • - Mempengaruhi sistem pencernaan makanan & masalah emosi.
  • - Tenaga kuning yang disebarkan oleh alam semesta mempengaruhi hati & mood seseorang individu.




3. Asr (Asar)
  • Mempunyai tahap kreativiti yang rendah.
  • Tenaga oren / jingga yang dapat mempengaruhi sistem reproduktif kita seperti prostate, ovary & testicles.
  • Sistem reproduktif kehilangan tenaga positif.





4. Maghrib
  • Ketika maghrib, spektrum alam semesta adalah selari dengan frekuensi jin & iblis.
  • Tenaga alam semesta berubah menjadi merah.
  • Individu yang bermusafir ketika ini digalakkan untuk berhenti seketika & menunaikan solat fardhu maghrib dahulu.
  • Terdapatnya gangguan di antara 2 atau lebih gelombang dengan frekuensi yang sama yang mampu mengganggu penglihatan anda.





5. Isha (Isya')
  • Individu yang kerap terlepas waktu isya' akan mengalami sindrom gelisah & tidak senang duduk.
  • Tenaga alam semesta berubah menjadi warna indigo dan frekuensinya adalah bersifat harmoni pada minda & sistem saraf kita.
  • Oleh itu, kita digalakkan untuk berehat pada waktu ini kerana kesedaran minda kita sedang berada pada gelombang delta frekuensi di bawah 4Hz.





6. Tahajjud
  • Jika tahajud kerap dilakukan, ianya akan memberi pelbagai kelebihan kepada badan kita secara fizikal & mental.
  • Pada waktu ini, tenaga alam semesta berubah menjadi pelbagai warna seperti warna putih, merah jambu (pink) dan ungu (purple).
  • Warna-warna ini akan bertindak selari dengan sistem kelenjar pineal, kelenjar pituitari, Thalamus dan hipotalamus (organ & kelenjar yang mempengaruhi otak manusia).



=========


Alam semesta yang diciptakan oleh Allah s.w.t ini mengandungi sejuta rahsia di mana tiada seorang pun manusia dapat merungkai kewujudannya. Begitu hebatnya kuasa Allah s.w.t. Oleh itu, maka ambillah kesempatan di atas segala nikmat yang Allah berikan. Semoga kita diberi rahmat di dunia & di akhirat oleh-Nya. Amin :)

*

Hi, do follow @emorraofficial on Instagram or click this link to know more about our products that can affect your beauty & health. Much love xoxo

1 comments:

  1. Unknown said...:

    Terima kasih di atas perkongsian.

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops