Bahan-bahan yang digunakan di dalam produk EMORRA! * PART 1 *

Assalamualaikum & Salam sejahtera Emorralovers~

Hari ni admin dapat banyak soalan yang bertanya mengenai status halal serta bahan yang terdapat dalam produk EMORRA ni.

"Sis, boleh saya tahu EMORRA ni selamat ke digunakan? Halal ke? Wanita mengandung boleh guna ke?"

Hm

Tiada masalah sis, perempuan pantang lepas bersalin pun boleh guna dear :)

Halal ? Selamat ?

Mari kita tengok apa bahan yang terkandung dalam produk EMORRA ni serta kebaikannya .

Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut !

- Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam produk EMORRA BEAUTY adlh -
  • Shea Butter
  • Collagen
  • Tea Tree Oil
  • Matricaria
  • Coconut Oil
  • Virgin Oil
  • Grape Seed Oil
  • Aloe Vera
  • Vit. B, C & E
  • Witch Hazel
  • Licorice
  • Propolis



1. SHEA BUTTER

SHEA BUTTER merupakan ekstrak daripada tumbuhan Shea (Vitellaria paradoxa) yang boleh ditemui di serata Afrika. SHEA BUTTER telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan & pengeluaran barang kosmetik seperti EMORRA,syampu, conditioner,  lip gloss & pelembap muka.



SHEA BUTTER adalah digunakan bagi mengurangkan & melembapkan

Ø  Kulit kering
Ø  Radang kulit
Ø  Kulit yang mengelupas
Ø  Kedut
Ø  Kulit gatal
Ø  Sunburn
Ø  Rekahan kulit
Ø  Kulit kasar & menggerutu
Ø  Stretch marks (biasanya ada selepas bersalin)
Ø  Gigitan serangga dan
Ø  Eczema, Dermatitis & kerosakan kulit (akibat terbakar)



2. COLLAGEN

EMORRA telah menggunakan marine collagen sebagai salah satu daripada bahan asas di dalam produk kami. Collagen seperti yang kita sedia maklum adalah merupakan ekstrak protein daripada kulit atau sisik ikan air masin termasuklah ikan cod dan salmon.


Badan kita semulajadi akan menghasilkan collagen akan tetapi penghasilannya akan menjadi perlahan apabila usia kita mencecah pertengahan 20-an, 30-an, 40-an dan seterusnya sehinggalah ianya akan berhenti. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas serta corak pemakanan yang tidak terkawal akan memberikan kesan yang buruk seperti timbulnya kedut halus, penipisan rambut, kuku yang merekah dan lain-lain. Maka disinilah collagen memainkan peranan bagi memastikan kulit & kesihatan kita sentiasa kelihatan sihat & cantik.

Antara kebaikan COLLAGEN adalah :

Ø  Memperlahankan proses penuaan
Ø  Menghilangkan kedut & garis halus pada wajah.
Ø  Membantu pertumbuhan tulang
Ø  Menegangkan kulit wajah


3. TEA TREE OIL

TEA TREE OIL adalah berasal daripada daun pokok teh. Namun jangan salah sangka bahawa TEA TREE OIL ini adalah berasal daripada pokok teh yang biasa diproses untuk membuat minuman teh :)



TEA TREE OIL biasanya digunakan untuk merengsa & melegakan jangkitan pada kulit. Ada juga yang menggunakan TEA TREE OIL ini sebagai penawar untuk batuk, selesema, sakit tekak, radang & jangkitan pada telinga. Bahan kimia semulajadi yang terdapat pada TEA TREE OIL adalah berkesan bagi membunuh bakteria, fungus serta membantu mengurangkan alergik.


4. MATRICARIA

MATRICARIA adalah sejenis spesies daripada pokok chamomile . Tidak terkecuali, EMORRA turut menggunakan ekstrak Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower sebagai salah satu bahan di dalam produk.


Kebaikan MATRICARIA adalah ia mampu mengurangkan serta melegakan radang & kemerahan pada kulit sekaligus menjadikan kulit kelihatan lembut & cantik. Matricaria juga menghasilkan aroma & bauan yang memikat hati.

.........AKAN BERSAMBUNG...........

0 comments:

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops