Lama sudah penulis tak update blog ni. Maklumlah busy. Hehe.
Ok dah baca tajuk entry? Hari ni ada makan apa-apa sayuran & buahan?
Ke lupa nak makan?
Hari ni penulis nak kupas isu mengenai perlu ke kita makan sayur-sayuran & buah-buahan?
Macam mana nak biasakan diri kita suka makan sayur & buah?
No worries dear! Scroll ke bawah.
=====================================
BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN
=====================================
Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan anti-oksidan yang penting untuk kesihatan & kecantikan khususnya wanita.
Buah dan sayur juga mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol.
Mengapa kita perlu makan buah & sayur?
Buah dan sayur mengandungi 1001 kebaikan untuk badan kita.
Ianya mampu :
- Mengandungi serat. Serat dapat mengurangkan masalah sembelit.
- Mengandungi vitamin & mineral. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam sayuran & buahan membantu mencegah pelbagai penyakit termasuklah kanser.
- Mengandungi potassium & anti-oksidan. Potassium adalah diperlukan oleh badan kita bagi menguatkan fungsi otot manakala anti-oksidan adalah bagus untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.
Selain itu, buah-buahan & sayur-sayuran juga boleh dijadikan sebagai snek yang sangat berkhasiat kerana ianya rendah lemak, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
Kita perlulah mengambil sekurang-kurangnya 3-5 hidangan buah dan sayur setiap hari.
Tips Meningkatkan Pengambilan Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
- Makan pelbagai jenis buah segar.
- Jadikan buah-buahan sebagai makanan ringan (snek).
- Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin.
- Makan buah bersama kulit untuk mendapatkan lebih serat.
- Minum jus buah-buahan segar tanpa gula.
- Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
- Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
- Amalkan pengambilan ulam-ulaman.
Panduan Mengekalkan Kandungan Nutrien Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
- Cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.
- Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong.
- Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama.
- Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas.
- Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda.
- Simpan sayur dan buah daripada cahaya dan haba.
- Masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.
" Amalkan Pemakanan 5M "
Mengurangkan gula
Mengurangkan garam
Mengurangkan minyak
Melebihkan buah-buahan
Melebihkan sayur-sayuran
*
======
Alhamdulillah sekarang penulis mengamalkan sachet buah-buahan daripada EMORRA BEAUTY ni. So far lepas guna seminggu, kulit makin lembut & kurang berkedut.
Sedap pulak tu!
EGC ni dilengkapi oleh pati buah-buahan epal & kiwi dan 100% diperbuat daripada bahan natural & bebas bahan kimia. Ada KKM lagi tu!
Jangan tunggu-tunggu. Hit the phone 011-2853.7220 skrg! Tu num HQ sendiri. Boleh dapat the BEST PRICE!
0 comments:
Post a Comment