Kebaikan Berjalan Untuk Hidup Secara Sihat

Masyarakat Malaysia rata-rata menjalani kehidupan yang tidak sihat seperti memakan makanan yang tidak berkhasiat, tidak gemar bersenam atau berjalan kaki serta sering mengalami stress yang melampau akibat masalah di tempat kerja mahupun masalah peribadi.

Perkara stereotaip ini perlu kita ubah supaya tidak menyesal ketika usia tua nanti.




SASARKAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP SECARA SIHAT


MULAKAN PROGRAM BERJALAN KAKI!

"Macam mana nak mulakan aktiviti ni? Bukannya boleh main redah je..nanti sakit otot..makcik dah lama tak berjalan lama-lama.."

Senang sahaja! Ikuti 8 Langkah Mudah ini :


  1. Tetapkan matlamat
  2. Tetapkan tempoh untuk berjalan.
  3. Pilih waktu yang terbaik.
  4. Pakai pakaian yang sesuai.
  5. Sentiasa berfikiran positif
  6. Berjalan bersama keluarga atau rakan.
  7. Usah peduli apa orang kata - Fikirkan berjalan untuk kesihatan anda.
  8. Rekodkan kemajuan anda.
Panduan Berjalan Secara Betul

"Ok akak jangan risau, disini saya sertakan macam mana nak berjalan sambil bersenam dengan cara yang betul..nanti tak pasal-pasal cramp otot pulak kalau salah step..hehe.."

1.      Tumit-ke-jari kaki

2 .     Tapak kaki selarasa dengan tumit.

3.      Tegakkan kepala

4.      Luruskan bahagian belakang badan.

5.      Hayun tangan mengikut keselesaan.

6.      Bernafas seperti biasa, melalui hidung.



10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF

Berjalan 10,000 langkah sama seperti :

  • Berenang selama 90 minit.
  • Berbasikal selama 70 minit.
  • Perjalanan sejauh 6 - 8 km.
  • Bermain bola sepak selama 90 minit.



Berjalan di Tempat Kerja 

= Letakkan kenderaan anda jauh dari tempat kerja.= Berjalan ke meja rakan untuk berurusan. Meminimumkan penggunaan telefon.= Jika mempunyai urusan di sekitar tempat bekerja, ambil peluang untuk berjalan kaki.
= Luangkan masa 5 hingga 10 minit pada waktu rehat untuk berjalan di kawasan tersebut.
= Jika bekerja di bangunan bertingkat, gunakan separuh perjalanan menaiki lif dan separuh lagi menggunakan tangga.


Berjalan di Rumah

= Berjalan ke kedai.
= Berjalan ke rumah ibadat.
= Berjalan bersama keluarga di waktu lapang.
= Kurangkan penggunaan alat kawalan jauh televisyen.
= Mengemas rumah.

Setelah Anda Menjadikan Berjalan Sebagai Rutin Harian, Teruskan Sebagai Aktiviti Senaman Berjalan Pantas (Brisk Walking)...

  1. Lakukan regangan sebelum & selepas berjalan.
  2. Pakai pakaian yang sesuai.
  3. Tetapkan matlamat - jarak dan masa.
  4. Pilih laluan yang sesuai & selamat.
  5. Minum air yang secukupnya.
  6. Lakukan senaman berjalan 3 hingga 5 kali seminggu.
  7. Berjalan ikut kemampuan.



Faedah Berjalan


  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan risiko penyakit diabetes.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan prostat.
  • Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Membantu mengawal berat badan.
  • Mengurangkan stres.
  • Mengekalkan kekuatan otot.
Hm begitu banyak kebaikan & faedah apabila kita kerap melakukan senaman seperti berjalan kaki. So...

" JOM JADI SIHAT! MULAKAN BERJALAN KAKI SEKARANG "

0 comments:

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops