Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar untuk para peniaga, pelabur & businessman. Lihat saja kilang yang semakin melabuhkan tirai & skop pekerjaan yang semakin menipis.
Jadi apa yang boleh/perlu kita lakukan pada tahun ini? The best option is to save your money instead of spending it. Kerana kita bakal menuju ke gelombang inflasi & penurunan ekonomi yang dahsyat seperti yang berlaku pada tahun 1997.
Pelaburan yang bijak & bernas dapat membantu kita pada masa hadapan. Anda hanya perlu 'rajin' sedikit je untuk google & menanyakan pendapat orang tentang pelaburan mana yang memberikan anda pulangan yang baik.
Okay, disini penulis share beberapa tips which I came across FB just now.
Written by: ASMADI MD YUSOFF
Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!
Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!
Dimana nak MELABUR?
Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Utk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.
Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak
Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugilah. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan dan asyik kena top up ajer apa diorg ingat prepaid ker .
Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi .
Ada 2 PILIHAN:
1) Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, GIA Maybank atau Kuwait Finance House
>>>MAJLIS FATWA MENYIFATKAN I HARAM.
2) Emas Fizikal dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".HALAL BELI EMAS DPT EMAS
Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?
Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.
Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 APR 2011, harga belian ialah RM160,
Kira untung rm160 – 106 = 33.75%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri
Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang anda jual
Saya sendiri telah melabur bisnes emas ... kita tengok hasil 2012 nanti :-)
Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan.
Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh
Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.
Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya
Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran - MAJLIS FATWA MENYIFATKAN HARAM -
Bisnes MLM? CANNOT GO TO GO GO LAH BUZY CARI ORG AJER ORG PUN LARI OOO !!!!!
Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu
Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah.
HAPPY INVESTING :)
==========
Ok penulis dap-dap dulu..jgn keluar tanpa ni tau! :D
0 comments:
Post a Comment