Asal Usul Valentine's Day

Hari Valentine atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day, berlaku pada tarikh 14 Februari setiap tahun.

Hari ini adalah merupakan hari dimana individu yang dilamun cinta akan saling bertukaran surat cinta dalam bentuk Valentines.

Simbol moden untuk Valentine kebiasaannya adalah sepucuk kad yang berbentuk hati serta gambar seorang "Malaikat Cinta" yang bersayap atau bahasa Inggeris-nya iaitu Cupid.




Bermula pada abad ke-19, tradisi penulisan surat cinta ini telah menarik minat para peniaga untuk menjual kad Valentine secara besar-besaran.
The Greeting Card Association (Persatuan Kad Ucapan di US) menyatakan bahawa di seluruh dunia sekitar satu juta kad Valentine telah dikirimkan & diedarkan pada setiap tahun.
Perkara ini secara tidak langsung menjadikan hari peristiwa ini sebagai hari peristiwa terbesar kedua setelah Hari Natal.


Perayaan hari Valentine adalah termasuk sebagai salah satu hari raya untuk bangsa Romawi (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah merupakan agama mereka semenjak lebih dari 17 abad yang lalu. Perayaan Valentine merupakan sebuah ungkapan dalam agama Romawi yang melambangkan kecintaan terhadap sembahan mereka.

Perayaan Valentine's Day memiliki sejarah yang berupa beberapa kisah turun-temurun pada bangsa Romawi dan pewaris mereka iaitu 
kaum Nasrani. Kisah yang paling masyhur tentang asal-usulnya adalah kisah dimana pada waktu dahulu, bangsa Romawi yakin bahawa Romulus (pendiri kota Roma) telah disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberikanya kekuatan fizikal dan otak yang cerdas. Bangsa Romawi juga memperingati hari peristiwa ini yang berlaku pada pertengahan bulan Februari setiap tahun. Di antara ritualnya adalah dengan menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang mempunyai kekuatan fizikal dan kemudian kedua-duanya akan mencuci darah itu dengan menggunakan susu. Setelah itu maka bermulalah perarakan besar dengan kedua pemuda tadi di depan rombongan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Romawi sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, kerana mereka yakin dengan cara itu mereka akan dikurniakan kesuburan dan melahirkan anak dengan mudah.


VERSI I



Menurut tarikh kalendar Athena kuno, tempoh masa antara pertengahan Januari hingga pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dikenali sebagai tanda pernikahan suci di antara Dewa Zeus dan Hera.

Ketika zaman Roman kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan sebagai perayaan di mana rakyatnya tidak berpakaian dan hanya menggunakan kulit kambing
.


Sebagai ritual penyucian, para pendeta Lupercus akan mempersembahkan seekor kambing kepada dewa dan kemudian setelah meminum anggur, mereka akan berlari-lari di jalanan kota Roman sambil membawa potongan kulit dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai dijalan.
Sebahagian ahli sejarah menyatakan ini adalah salah satu sebab utama terjadinya hari Valentine. 



Lukisan yang menggambarkan festival Lupercalia.

VERSI 2


Menurut Ensiklopedia Katolik, nama Valentinus adalah merujuk kepada tiga syahid atau martyr (orang suci) yang berbeza iaitu:
  • Pastor di Roma
  • Uskup Interamna (moden Terni)
  • Martir di daerah Romawi Afrika.

Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga martir ini dengan hari Valentine adalah tidak jelas.
Bahkan Paus Gelasius I, pada tahun 496, menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada yang mengetahui mengenai martir-martir ini walaubagaimanapun hari 14 Februari masih ditetapkan sebagai hari peristiwa sempena peringatan martir Valentinus.
Ada yang mengatakan bahawa Paus Gelasius I sengaja menetapkan perkara ini untuk meraikan hari raya Lupercalia yang dirayakan pada tanggal 15 Februari.

Sisa tinggalan rangka yang digali dari makam St. Hippolytus, telah dikenal pasti sebagai mayat St. Valentinus. Kemudian diletakkan di dalam sebuah peti yang diperbuat daripada emas dan dikirim ke gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Ireland. 
Jenazah ini telah diberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada tahun 1836.

Banyak pelancong berziarah ke gereja ini pada hari Valentine (14 Februari), kerana pada tarikh ini, peti emas tersebut akan diarak dalam sebuah prosesi dan dibawa ke sebuah altar tinggi.
Pada hari itu juga dilakukan sebuah acara yang khusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta.


Hari peristiwa ini kemudian dilenyapkan daripada kalendar gerejawi pada tahun 1969 sebagai suatu usaha untuk menghapuskan martir-marir yang tidak jelas asal-usulnya, meragukan dan hanya berasaskan pada kisah legenda sahaja.

Namun pesta Valentine ini masih dirayakan pada waktu-waktu tertentu.




VERSI 3



Kisah St. Valentine

Valentine adalah seorang pendeta yang hidup di Roman pada abad ke-III.
Beliau hidup dalam kerajaan yang pada saat itu dipimpin oleh Maharaja Claudius yang terkenal dengan kekejamannya.
Valentine sangat benci akan Maharaja
 tersebut. 

Claudius bercita-cita untuk mempunyai pasukan tentera yang besar dan beliau ingin semua lelaki pada waktu itu berkhidmat untuknya. Namun keinginan Maharaja tersebut tidak mendapat sambutan. Rakyat beliau enggan terlibat dalam peperangan kerana mereka tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga dan kekasih hati mereka. Hal ini membuatkan Maharaja Claudius marah dan beliau segera menitahkan pejabatnya untuk melakukan sebuah idea gila.

Claudius berfikir bahawa jika para lelaki di negara tersebut tidak menikah, mereka akan dengan senang hatinya menyertai menjadi tentera. Lalu Claudius melarang adanya pernikahan. Pasangan muda saat itu menganggap keputusan ini sangat tidak masuk akal.





Walau bagaimanapun, St. Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu menikahkan pasangan-pasangan yang jatuh cinta walaupun secara rahsia. Perbuatan ini akhirnya diketahui oleh Maharaja yang segera memberikannya amaran, namun beliau mengabaikan amaran tersebut dan tetap menikahkan pasangan-pasangan tersebut dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin.

Sehingga pada suatu malam, beliau telah tertangkap ketika menikahkan satu pasangan.
Pasangan tersebut berjaya melarikan diri, namun tidak bagi St. Valentine.
Beliau dihumban ke dalam penjara dan diberi hukuman mati dengan dipenggal kepalanya. 


Namun, St. Valentine masih dikunjungi dan disanjungi oleh orang ramai di atas perbuatan dan jasa beliau itu.. Mereka memberikan beliau bunga serta hadiah dan kemudian diletakkan di tingkap penjara di mana dia ditahan.

Salah seorang daripada orang-orang yang dinikahkan oleh St. Valentine adalah anak perempuan kepada pengawal penjara itu sendiri. Pengawal penjara tersebut mengizinkan anak perempuannya untuk melawat St. Valentine. Setelah bercakap dan berbual, gadis itu telah membangkitkan kembali azam sang pendeta. Gadis itu yakin bahawa St. Valentine adalah benar & tidak bersalah.

Pada hari hukuman St. Valentine dijalankan, iaitu pada tarikh 14 Februari, St. Valentine sempat menulis sebuah nota kecil untuk anak perempuan pengawal penjara itu tadi. Tertulis pada nota tersebut adalah "Dengan Cinta dari Valentinemu."

Nota itulah yang kemudian mengubah segalanya. Kini pada tarikh 14 Februari orang di serata dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang atau Hari Valentine. Orang-orang yang merayakan hari peristiwa itu untuk memperingati St. Valentine sebagai pejuang cinta, sementara Maharaja Claudius dikenang sebagai seseorang yang berusaha untuk menghalang cinta.



VERSI 4


Catatan pertama hubungan di anatara hari perayaan St. Valentinus dengan cinta romantis adalah pada abad ke-14 di Inggeris dan Perancis, di mana dipercayai bahwa 14 Februari adalah hari ketika burung mencari pasangan untuk kawin.

Kepercayaan ini ditulis pada karya sastrawan Inggeris Pertengahan bernama Geoffrey Chaucer.
Beliau menulis di cerita Parlement of Foules (Percakapan Burung-Burung) bahawa:

For this was sent on Seynt Valentyne's day, Whan every foul cometh ther to choose his mate
(Bahwa inilah dikirim pada hari Santo Valentinus, Saat semua burung datang ke sana untuk memilih pasangannya)

Pada kebanyakan versi legenda-legenda ini, 14 Februari dihubungkan dengan keguguran St. Valentinus sebagai martir.


VERSI 5 



Perayaan festival Lupercalia diraikan pada sekitar 13 hingga 18 Februari dan dimulakan dengan dilakukannya upacara persembahan untuk Dewi cinta Juno Februata.

Pada 14 Februari pula akan diadakan sebuah permainan yang melibatkan para pemuda dan pemudi di wilayah kerajaan Romawi itu.
Para pemuda akan mengundi nama-nama gadis yang berasal dari kota tersebut dari sebuah kotak kaca.
Nama gadis yang mereka dapat akan secara automatiknya terpilih untuk menjadi pasangannya selama setahun.
Hal ini sebenarnya di lakukan untuk keseronokan dan juga sebagai objek hiburan.
Namun, terdapat juga pasangan yang benar-benar jatuh cinta dan akhirnya terus berkahwin.
Sehari selepas itu, para pemuda tersebut akan melibas gadis mereka dengan menggunakan kulit binatang.
Menurut tradisi mereka, libasan itu dipercayai akan meningkatkan kesuburan bagi si gadis.

Festival ini pun berkembang dan penguasa berserta para tokoh agama Rom menggabungkannya dengan nuansa Kristen Katolik yang sekaligus menjadi agama kerajaan. 

Suatu waktu Rom mengalami peperangan yang menyebabkan Maharaja Claudius II memerintahkan para pemuda untuk bertarung di medan pertempuran.

Namun, banyak pemuda yang berasa berat hati untuk meninggalkan kekasih dan keluarga mereka.
Maka, Maharaja Claudius II pun membuat peraturan baru, iaitu untuk membatalkan semua pertunangan dan pernikahan di Rom ketika itu.
Keputusan ini mendapat banyak pertentangan keras daripada pelbagai pihak.
Salah satunya adalah dari Pendeta Valentine.


(Rujuk Versi III)

Pada zaman sekarang, Hari Valentine hanya diraikan di negara Barat sahaja.
Namun seiring dengan perkembangan zaman dan pengaruh globalisasi, Valentine’s Days juga turut diraikan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.


Tetapi, hari peristiwa ini diraikan oleh pasangan-pasangan tersebut dengan cara mereka tersendiri. Ada yang memberi bunga dan ada yang turut memberikan coklat.



VERSI 6 (MENURUT PANDANGAN ISLAM)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat terkenal dan merebak ke pelosok dunia bahkan di Malaysia juga.
Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau  iklan-iklan yang tidak mempunyai unsur Islamik yang wujud bertujuan untuk mempromosikan Valentine.

Pelbagai tempat hiburan bermula daripada disko atau kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi ataupun kumpulan-kumpulan sosial yang lain berpusu-pusu menawarkan aktiviti dan acara untuk merayakan Hari Valentine.
Ditambah pula dengan adanya pengaruh media massa seperti media sosial, surat khabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:

Ralat hati rasanya apabila telinga kita mendengar bahawa ramai generasi kita sekarang turut terlibat malah ada yang terjerumus ke dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.
Valentine sebenarnya adalah seorang martir (dalam Islam disebut 'para syahid') di atas kesalahan dan sifat 'dermawan'nya maka dia diberi gelaran Saint.

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan penguasa Rom pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).
St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai suatu 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'.
Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Rom kuno yang dikenali sebagai “Supercalis” pada 15 Februari.

Setelah orang-orang Rom itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'Supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.
Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai menjadi 'bagai burung jantan dan betina' pada tarikh 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat perkataan “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'.
Persamaan bunyi antara Galentine dan Valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda mencari pasangan hidupnya pada tarikh 14 Februari.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine.
Di mana pada zaman sekarang ini orang lebih mengenali Valentine sebagai suatu perayaan yang disambut melalui pertukaran greeting card dan hadiah, pesta persaudaraan, dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya yang lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa perayaan ini hanyalah tidak sekadar bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang hanya berusaha untuk merosakkan akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.




PANDANGAN ISLAM 



Sebagai seorang muslim tanyalah pada diri kita sendiri, adakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan dari Islam ? Dan apakah yang bakal terjadi pada generasi kita akan datang.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta ditanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati.
Pengetahuan yang sampai pada taraf perngertian isi dan hakikat sebenarnya.
Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar.
Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan dimana, akan tetapi lebih daripada itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang berasaskan kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

*************


0 comments:

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops