5 CARA HILANGKAN SUNBURN BARANG DARI DAPUR

5 CARA  HILANGKAN SUNBURN GUNA BAHAN DI DAPUR 


1) TOMATO

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.


Kenapa kita campurkan yogurt?? Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sunburn dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

InsyaaAllah, selain mengilangkan sunburn, cara ini juga membantu menyejukkan kulit yang bermasalah..Tomato juga boleh dicampurkan dengan jus timun untuk mengawal minyak dan jerawat pada kulit.

Paling mudah, belah dua saja buah tomato. Gosokkan bahagian isi buah tomato pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.


2) YOURGUT PLAIN
Sapukan sedikit yogurt di kawasan muka selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap contohnya lebam bawah mata selama 40 minit sebelum dibasuh.

3)TIMUN

Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung atau madu. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.


4)TEPUNG GANDUM

campurkan tepung gandum dengan sedikit madu ,perahan lemon,dan putih telur di seluruh kulit.tunggu sehingga setengah jam baru di bilas  dengan air suam.


5) TEH HIJAU

Anda bolehlah menggunakan teh hijau atau teh hitam. Teh hitam atau teh hijau ini menggandungi tannis dan komponen lain yang boleh mengurangkan bengkak pada kulit.Sapu di sekitar kulit yg terbakar dan biarkan selama 20 minit baru di cuci.
DBDDLD

0 comments:

Post a Comment

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops