Q&A Darling Air Cushion Foundation

Hi, Assalamualaikum semua.

Rasa macam dah lama tak update mengenai produk Emorra Beauty kan? Okay disini penulis nak cerita mengenai kebaikan & kelebihan produk yang kian meletup di pasaran sekarang iaitu

EMORRA DARLING AIR CUSHION FOUNDATION


Macam-macam soalan diaju kepada penulis, ok ke tak Foundation ni? Selamat digunakan ke tak?

Okay jangan risau.

Keep on reading & kalau ada soalan, awak semua boleh whtsapp 011.2853.7220 ni tau!

=======

Berikut merupakan soalan yang sering diajukan mengenai Darling Foundation.

---

Q : Boleh ke saya pakai Darling Foundation ni? Sebab kulit saya ni sensitif. Tak boleh guna sebarang produk.

A : Boleh sis, takde masalah pun kalau sis nak guna foundation ni kat anak remaja sis. Sebab kami yakin Darling mengandungi 100% bahan natural. Semua jenis kulit boleh guna termasuklah kulit yang SENSITIF.

Kandungan bahan di dalam Darling Foundation.


Q : Saya nak cari Foundation yang mesra wuduk. Ada ke?

A : Ada sis, Darling foundation sangat mesra wuduk & boleh dibawa ke solat sebab bahan yang kami guna adalah 100% bebas bahan kimia & tiada alkohol.


Q : Saya tak suka make up tebal sebab saya busy & tiada masa nak make up. Boleh ke saya pakai Darling Foundation ni? 

A : Kami memahami kehendak perempuan & wanita yang bekerjaya & selalu tiada masa untuk membelek muka. So apa yang anda perlukan adalah foundation yang mempunyai kriteria 3-in-1 seperti Darling Foundation iaitu foundation + moisturiser + concealer. Tak perlu bawa barang-barang ini secara berasingan, apa yang anda perlukan cuma satu bekas Darling Foundation sahaja. LENGKAP & ALL SET! Dap sekali sahaja di pipi & pakai lipstick, muka akan kelihatan glowing & make up nipis seharian ;)

Kulit terasa natural.


Q : Foundation ni bercapuk tak? Saya takut nanti bila banyak sangat code, tak kena dengan warna kulit.

A : Jangan risau dear. Kami cuma ada satu code sahaja iaitu NATURAL CODE so tak kisahlah warna kulit gelap atau cerah, semua boleh pakai sebab natural code ni boleh blend in dengan warna kulit kita. Jadi tak payahlah risau foundation ni akan bercapuk ke tak. Sebab ianya TAK AKAN BERCAPUK. Melainkan kalau kulit anda kering so gunalah serum emorra heheheheh



Q : Muka saya berminyak teruk. Tahan lama ke kalau saya guna? Tak nampak makin berminyak ke kalau saya pakai Foundation ni?

A : Salah satu fungsi Darling Foundation adalah ia mampu menyerap minyak yang berlebihan sebab ianya diformulasikan oleh 9x kuasa penyerapan minyak yang terdapat di dalam Day Cream Emorra. Jadi kulit anda akan kelihatan bebas minyak selama 12 JAM! 



=================================

Anda mempunyai soalan lagi? Jom whtsapp pakar kecantikan Emorra Beauty sekarang di 011.2853.7220!





Asal Usul Valentine's Day

Hari Valentine atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day, berlaku pada tarikh 14 Februari setiap tahun.

Hari ini adalah merupakan hari dimana individu yang dilamun cinta akan saling bertukaran surat cinta dalam bentuk Valentines.

Simbol moden untuk Valentine kebiasaannya adalah sepucuk kad yang berbentuk hati serta gambar seorang "Malaikat Cinta" yang bersayap atau bahasa Inggeris-nya iaitu Cupid.




Bermula pada abad ke-19, tradisi penulisan surat cinta ini telah menarik minat para peniaga untuk menjual kad Valentine secara besar-besaran.
The Greeting Card Association (Persatuan Kad Ucapan di US) menyatakan bahawa di seluruh dunia sekitar satu juta kad Valentine telah dikirimkan & diedarkan pada setiap tahun.
Perkara ini secara tidak langsung menjadikan hari peristiwa ini sebagai hari peristiwa terbesar kedua setelah Hari Natal.


Perayaan hari Valentine adalah termasuk sebagai salah satu hari raya untuk bangsa Romawi (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah merupakan agama mereka semenjak lebih dari 17 abad yang lalu. Perayaan Valentine merupakan sebuah ungkapan dalam agama Romawi yang melambangkan kecintaan terhadap sembahan mereka.

Perayaan Valentine's Day memiliki sejarah yang berupa beberapa kisah turun-temurun pada bangsa Romawi dan pewaris mereka iaitu 
kaum Nasrani. Kisah yang paling masyhur tentang asal-usulnya adalah kisah dimana pada waktu dahulu, bangsa Romawi yakin bahawa Romulus (pendiri kota Roma) telah disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberikanya kekuatan fizikal dan otak yang cerdas. Bangsa Romawi juga memperingati hari peristiwa ini yang berlaku pada pertengahan bulan Februari setiap tahun. Di antara ritualnya adalah dengan menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang mempunyai kekuatan fizikal dan kemudian kedua-duanya akan mencuci darah itu dengan menggunakan susu. Setelah itu maka bermulalah perarakan besar dengan kedua pemuda tadi di depan rombongan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Romawi sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, kerana mereka yakin dengan cara itu mereka akan dikurniakan kesuburan dan melahirkan anak dengan mudah.


VERSI I



Menurut tarikh kalendar Athena kuno, tempoh masa antara pertengahan Januari hingga pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dikenali sebagai tanda pernikahan suci di antara Dewa Zeus dan Hera.

Ketika zaman Roman kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan sebagai perayaan di mana rakyatnya tidak berpakaian dan hanya menggunakan kulit kambing
.


Sebagai ritual penyucian, para pendeta Lupercus akan mempersembahkan seekor kambing kepada dewa dan kemudian setelah meminum anggur, mereka akan berlari-lari di jalanan kota Roman sambil membawa potongan kulit dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai dijalan.
Sebahagian ahli sejarah menyatakan ini adalah salah satu sebab utama terjadinya hari Valentine. 



Lukisan yang menggambarkan festival Lupercalia.

VERSI 2


Menurut Ensiklopedia Katolik, nama Valentinus adalah merujuk kepada tiga syahid atau martyr (orang suci) yang berbeza iaitu:
  • Pastor di Roma
  • Uskup Interamna (moden Terni)
  • Martir di daerah Romawi Afrika.

Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga martir ini dengan hari Valentine adalah tidak jelas.
Bahkan Paus Gelasius I, pada tahun 496, menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada yang mengetahui mengenai martir-martir ini walaubagaimanapun hari 14 Februari masih ditetapkan sebagai hari peristiwa sempena peringatan martir Valentinus.
Ada yang mengatakan bahawa Paus Gelasius I sengaja menetapkan perkara ini untuk meraikan hari raya Lupercalia yang dirayakan pada tanggal 15 Februari.

Sisa tinggalan rangka yang digali dari makam St. Hippolytus, telah dikenal pasti sebagai mayat St. Valentinus. Kemudian diletakkan di dalam sebuah peti yang diperbuat daripada emas dan dikirim ke gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Ireland. 
Jenazah ini telah diberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada tahun 1836.

Banyak pelancong berziarah ke gereja ini pada hari Valentine (14 Februari), kerana pada tarikh ini, peti emas tersebut akan diarak dalam sebuah prosesi dan dibawa ke sebuah altar tinggi.
Pada hari itu juga dilakukan sebuah acara yang khusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta.


Hari peristiwa ini kemudian dilenyapkan daripada kalendar gerejawi pada tahun 1969 sebagai suatu usaha untuk menghapuskan martir-marir yang tidak jelas asal-usulnya, meragukan dan hanya berasaskan pada kisah legenda sahaja.

Namun pesta Valentine ini masih dirayakan pada waktu-waktu tertentu.




VERSI 3



Kisah St. Valentine

Valentine adalah seorang pendeta yang hidup di Roman pada abad ke-III.
Beliau hidup dalam kerajaan yang pada saat itu dipimpin oleh Maharaja Claudius yang terkenal dengan kekejamannya.
Valentine sangat benci akan Maharaja
 tersebut. 

Claudius bercita-cita untuk mempunyai pasukan tentera yang besar dan beliau ingin semua lelaki pada waktu itu berkhidmat untuknya. Namun keinginan Maharaja tersebut tidak mendapat sambutan. Rakyat beliau enggan terlibat dalam peperangan kerana mereka tidak sanggup untuk meninggalkan keluarga dan kekasih hati mereka. Hal ini membuatkan Maharaja Claudius marah dan beliau segera menitahkan pejabatnya untuk melakukan sebuah idea gila.

Claudius berfikir bahawa jika para lelaki di negara tersebut tidak menikah, mereka akan dengan senang hatinya menyertai menjadi tentera. Lalu Claudius melarang adanya pernikahan. Pasangan muda saat itu menganggap keputusan ini sangat tidak masuk akal.





Walau bagaimanapun, St. Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu menikahkan pasangan-pasangan yang jatuh cinta walaupun secara rahsia. Perbuatan ini akhirnya diketahui oleh Maharaja yang segera memberikannya amaran, namun beliau mengabaikan amaran tersebut dan tetap menikahkan pasangan-pasangan tersebut dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin.

Sehingga pada suatu malam, beliau telah tertangkap ketika menikahkan satu pasangan.
Pasangan tersebut berjaya melarikan diri, namun tidak bagi St. Valentine.
Beliau dihumban ke dalam penjara dan diberi hukuman mati dengan dipenggal kepalanya. 


Namun, St. Valentine masih dikunjungi dan disanjungi oleh orang ramai di atas perbuatan dan jasa beliau itu.. Mereka memberikan beliau bunga serta hadiah dan kemudian diletakkan di tingkap penjara di mana dia ditahan.

Salah seorang daripada orang-orang yang dinikahkan oleh St. Valentine adalah anak perempuan kepada pengawal penjara itu sendiri. Pengawal penjara tersebut mengizinkan anak perempuannya untuk melawat St. Valentine. Setelah bercakap dan berbual, gadis itu telah membangkitkan kembali azam sang pendeta. Gadis itu yakin bahawa St. Valentine adalah benar & tidak bersalah.

Pada hari hukuman St. Valentine dijalankan, iaitu pada tarikh 14 Februari, St. Valentine sempat menulis sebuah nota kecil untuk anak perempuan pengawal penjara itu tadi. Tertulis pada nota tersebut adalah "Dengan Cinta dari Valentinemu."

Nota itulah yang kemudian mengubah segalanya. Kini pada tarikh 14 Februari orang di serata dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang atau Hari Valentine. Orang-orang yang merayakan hari peristiwa itu untuk memperingati St. Valentine sebagai pejuang cinta, sementara Maharaja Claudius dikenang sebagai seseorang yang berusaha untuk menghalang cinta.



VERSI 4


Catatan pertama hubungan di anatara hari perayaan St. Valentinus dengan cinta romantis adalah pada abad ke-14 di Inggeris dan Perancis, di mana dipercayai bahwa 14 Februari adalah hari ketika burung mencari pasangan untuk kawin.

Kepercayaan ini ditulis pada karya sastrawan Inggeris Pertengahan bernama Geoffrey Chaucer.
Beliau menulis di cerita Parlement of Foules (Percakapan Burung-Burung) bahawa:

For this was sent on Seynt Valentyne's day, Whan every foul cometh ther to choose his mate
(Bahwa inilah dikirim pada hari Santo Valentinus, Saat semua burung datang ke sana untuk memilih pasangannya)

Pada kebanyakan versi legenda-legenda ini, 14 Februari dihubungkan dengan keguguran St. Valentinus sebagai martir.


VERSI 5 



Perayaan festival Lupercalia diraikan pada sekitar 13 hingga 18 Februari dan dimulakan dengan dilakukannya upacara persembahan untuk Dewi cinta Juno Februata.

Pada 14 Februari pula akan diadakan sebuah permainan yang melibatkan para pemuda dan pemudi di wilayah kerajaan Romawi itu.
Para pemuda akan mengundi nama-nama gadis yang berasal dari kota tersebut dari sebuah kotak kaca.
Nama gadis yang mereka dapat akan secara automatiknya terpilih untuk menjadi pasangannya selama setahun.
Hal ini sebenarnya di lakukan untuk keseronokan dan juga sebagai objek hiburan.
Namun, terdapat juga pasangan yang benar-benar jatuh cinta dan akhirnya terus berkahwin.
Sehari selepas itu, para pemuda tersebut akan melibas gadis mereka dengan menggunakan kulit binatang.
Menurut tradisi mereka, libasan itu dipercayai akan meningkatkan kesuburan bagi si gadis.

Festival ini pun berkembang dan penguasa berserta para tokoh agama Rom menggabungkannya dengan nuansa Kristen Katolik yang sekaligus menjadi agama kerajaan. 

Suatu waktu Rom mengalami peperangan yang menyebabkan Maharaja Claudius II memerintahkan para pemuda untuk bertarung di medan pertempuran.

Namun, banyak pemuda yang berasa berat hati untuk meninggalkan kekasih dan keluarga mereka.
Maka, Maharaja Claudius II pun membuat peraturan baru, iaitu untuk membatalkan semua pertunangan dan pernikahan di Rom ketika itu.
Keputusan ini mendapat banyak pertentangan keras daripada pelbagai pihak.
Salah satunya adalah dari Pendeta Valentine.


(Rujuk Versi III)

Pada zaman sekarang, Hari Valentine hanya diraikan di negara Barat sahaja.
Namun seiring dengan perkembangan zaman dan pengaruh globalisasi, Valentine’s Days juga turut diraikan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.


Tetapi, hari peristiwa ini diraikan oleh pasangan-pasangan tersebut dengan cara mereka tersendiri. Ada yang memberi bunga dan ada yang turut memberikan coklat.



VERSI 6 (MENURUT PANDANGAN ISLAM)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat terkenal dan merebak ke pelosok dunia bahkan di Malaysia juga.
Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau  iklan-iklan yang tidak mempunyai unsur Islamik yang wujud bertujuan untuk mempromosikan Valentine.

Pelbagai tempat hiburan bermula daripada disko atau kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi ataupun kumpulan-kumpulan sosial yang lain berpusu-pusu menawarkan aktiviti dan acara untuk merayakan Hari Valentine.
Ditambah pula dengan adanya pengaruh media massa seperti media sosial, surat khabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:

Ralat hati rasanya apabila telinga kita mendengar bahawa ramai generasi kita sekarang turut terlibat malah ada yang terjerumus ke dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.
Valentine sebenarnya adalah seorang martir (dalam Islam disebut 'para syahid') di atas kesalahan dan sifat 'dermawan'nya maka dia diberi gelaran Saint.

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan penguasa Rom pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).
St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai suatu 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'.
Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Rom kuno yang dikenali sebagai “Supercalis” pada 15 Februari.

Setelah orang-orang Rom itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'Supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.
Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai menjadi 'bagai burung jantan dan betina' pada tarikh 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat perkataan “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'.
Persamaan bunyi antara Galentine dan Valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda mencari pasangan hidupnya pada tarikh 14 Februari.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine.
Di mana pada zaman sekarang ini orang lebih mengenali Valentine sebagai suatu perayaan yang disambut melalui pertukaran greeting card dan hadiah, pesta persaudaraan, dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya yang lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa perayaan ini hanyalah tidak sekadar bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang hanya berusaha untuk merosakkan akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.




PANDANGAN ISLAM 



Sebagai seorang muslim tanyalah pada diri kita sendiri, adakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan dari Islam ? Dan apakah yang bakal terjadi pada generasi kita akan datang.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta ditanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati.
Pengetahuan yang sampai pada taraf perngertian isi dan hakikat sebenarnya.
Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar.
Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan dimana, akan tetapi lebih daripada itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang berasaskan kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

*************


Kebaikan Mengamalkan Chia Seed Untuk Kurus

Chia Seed

Pernahkah anda mendengar sejenis makanan yang dinamakan Chia Seed? Yup, trending sekarang. Apa itu Chia Seed?


***


 Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.




Antara kebaikan Chia Seed untuk menurunkan badan adalah

1. Dapat Melawan Diabetes


Chia seed dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk melambatkan penukaran karbohidrat menjadi gula. 

Jadi kadar gula tidak melambung tinggi dalam darah. Chia seed juga membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh. Seperti yang anda tahu, insulin adalah penting untuk mengawal gula dalam darah. Ia adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda.




2. Mudah berasa kenyang, mood dan kualiti tidur yang baik

Tryptophan juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Ianya akan memberikan kesan pengawalan selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian. 

Pusat rasa kenyang memiliki tempat khusus di otak, yang memberitahu apakah perut anda telah penuh atau tidak. Pusat rasa kenyang mengontrol rasa lapar dan kenyang, serta dapat membantu mengatur nafsu makan. Pada anda yang sedang ingin mengawal berat badan, anda perlu dapatkan chia seed ini.



3. Tinggi kandungan Omega-3  dan mengurangkan kolestrol

Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Kandungan Omega-3 chia seed lebih tinggi berbanding omega 3 yang terkandung dalam Salmon. 

Omega 3 ini penting untuk perkembangan otak, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida, boleh meningkatkan kesihatan jantung, menjaga tekanan darah, mencegah peradangan, dan boleh mengatasi alergi dan depresi.


4. Mengandungi Serat yang tinggi dan mencegah sembelit


Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. 

Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah serat yang cukup. Oleh kerana serat yang tinggi jadi ianya bermanfaat untuk memperlancar sistem pencernaan, mengurangkan kadar toksin dalam tubuh, mempertingkatkan metabolisme dan mengawal berat badan yang berlebihan.




5. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang

Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.



6. Kaya dengan Mineral untuk tubuh

Kaya dengan Mangan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini. 

Kaya dengan Magnesium

Mengandungi magnesium lebih kaya dari brokoli (LIMA BELAS kali!!). Jadi buat anda yang jarang makan sayur brokoli, anda boleh mendapat khasiat megnesium melalui biji chia seed.


Kaya dengan Fosforus

Mineral ini membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita, mengekalkan tahap metabolisme tubuh, dan mencegah osteoporosis.

Kaya kalsium

Kandungan kalsiumnya lebih kaya dari susu

Kaya dengan Potasium/kalium 

Mineral ini penting untuk pembentukan sel, pembentukan organ dalam, menjaga kesihatan jantung, otak, ginjal, kestabilan jaringan otot, mencegah stroke, hipertensi, dan juga stress.

Kaya Dengan Protein

Biji Chia seed mengandung sumber protein lengkap yang mudah dicerna. Bagi individu yang vegetarian, anda boleh mendapat sumber protein melalui chia seed ini. Ianya juga tak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet anda.



7. Bersifat Antioksidan

Chia seed juga makanan yang kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari pigmentasi, sel karsinogenik dan memperlambat timbulnya penuaan. Jadi hanya dengan mengunyah chia seed dan ucapkan selamat tinggal kepada krim mahal anti-kerut anda.

=======

Nak tenaga yang pantas & cepat, consume Emorra Glow C Shine sekarang.

PROMOSI!!!


Jenis-Jenis Pelaburan Yang Anda Boleh Lakukan Pada 2017

Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar untuk para peniaga, pelabur & businessman. Lihat saja kilang yang semakin melabuhkan tirai & skop pekerjaan yang semakin menipis. 

Jadi apa yang boleh/perlu kita lakukan pada tahun ini? The best option is to save your money instead of spending it. Kerana kita bakal menuju ke gelombang inflasi & penurunan ekonomi yang dahsyat seperti yang berlaku pada tahun 1997.

Pelaburan yang bijak & bernas dapat membantu kita pada masa hadapan. Anda hanya perlu 'rajin' sedikit je untuk google & menanyakan pendapat orang tentang pelaburan mana yang memberikan anda pulangan yang baik.

Okay, disini penulis share beberapa tips which I came across FB just now. 

Written by: ASMADI MD YUSOFF


Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!

Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!

Dimana nak MELABUR?

Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Utk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah.JAUHI DR RIBA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

3) Simpan Dalam Tabung haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat queue untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nk risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Kira OK juga 

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.

Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak

5) Labur dalam unit trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewangan (mcm public mutual, pru fund mgmt, cimb wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugilah. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan dan asyik kena top up ajer apa diorg ingat prepaid ker .

Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi .

6) SIMPANAN DAN PELABURAN DLM BENTUK EMAS
Ada 2 PILIHAN:

1) Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, GIA Maybank atau Kuwait Finance House
>>>MAJLIS FATWA MENYIFATKAN I HARAM.

2) Emas Fizikal dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".HALAL BELI EMAS DPT EMAS

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 APR 2011, harga belian ialah RM160,
Kira untung rm160 – 106  = 33.75%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri

Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang anda jual

Saya sendiri  telah melabur bisnes emas  ... kita tengok hasil 2012 nanti :-) 



7) Hartanah – This is what I favour the most. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu. 

Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan. 

Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh

Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya

8) Saham – Aku tahu sikit-sikit pasal saham pasal kompeni ada bagi aku ESOS. Aku nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran - MAJLIS FATWA MENYIFATKAN HARAM -

9) CPO – Crude palm oil, aku tak tau sangat. 

10) Forex – Aku pernah try benda ni...kecundang RM20K :-) ... tapi ade orang yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes saya...saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.

11) Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

Bisnes MLM? CANNOT GO TO GO GO LAH BUZY CARI ORG AJER ORG PUN LARI OOO  !!!!!

12) Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn sifu hafizal aka JuruUkur

13) Invest dalam insuran - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat. For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat dengan tuan puan.


Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu

Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah. 

HAPPY INVESTING :)

==========

Ok penulis dap-dap dulu..jgn keluar tanpa ni tau! :D

 
My Life Is A Beauty © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops