Meskipun dilihat tidak mendatangkan masalah namun ada kebiasaan yang kita lakukan mampu mengancam tahap kesihatan. Nampak remeh tetapi bila dilakukan berterusan anda akan merasai impaknya pada tubuh badan. Jom kita lihat 6 kebiasaan yang membinasakan.
1) Mengunci Jam Loceng
Pasti ramai yang menggunakan diwaktu pagi untuk bangun tidur. Tetapi mengunci jam diwaktu pagi ada kesan negatif. Till Roenneberg, seorang pakar dari jerma telah melakukan kajian keatas 65,000 orang dewasa yang gemar mengunci jam setiap hari. Hasil kajian mendapati mereka yang gemar melakukannya sedang berhadapan dengan keadaan dipanggil 'jet lag sosial'. Ia bermaksud, jam loceng sebenarnya mengejutkan seseorg yang pada ketika itu sedang dalam kitaran tidur, kesannya mereka akan bangun tergesa-gesa malah akan tetap mengantuk dan penat kerana tidak dikejut dengan baik.
2) Mesin rumput
Tak percaya kan. Tapi hakikatnya, mesin rumput mengeluarkan asap yang menyamai dengan kereta bergerak sejauh 100 kilometer. Malah satu penelitian di Australia mengatakan, asap mesin rumput menyumbang 11 peratus pencemaran udara. Gunakan kaedah manual untuk memotng rumput bagi menjamin kesihatan dan alam sekitar.
3) Duduk terlalu lama
Ada yang duduk berjam-jam kerana terlalu ralit atau faktor kerja tanpa menyedari penyakit yang sedang menanti. Kajian mengatakan, mereka yang duduk terllau lama setiap hari cenderung kepada penyakit kanser dan jantung. Oleh itu, cubalah berdiri atau bejalan selang 20 minit atau setengah jam bagi melegakan otot pinggang dan mata anda
4) Menggunakan cermin mata murah
Melihat lambakan cermin mata hitam yang cantik dan semurah RM2 anda terus membelinya. Terus memakai untuk perlindungan cahaya matahari. Tapi sedarkah anda itu sebenarnya lebih membahayakan mata. Cermin mata murah selalunya tidak mempunyai pelindungan untuk mata. Kaca mata yang baik haruslah mempunyai penapis UVA dan UVB. Seharusnya anda patut elakkan bagi menjaga kesihatan mata anda.
5) Menyalakan lilin
Apabila bekalan elektrik terputus maka lampu picit dan lilin akan segera dicari. Selain itu, ada sesetengah yang gemar menyalakn lilin beraroma di kediaman. Sebaiknya berhati-hati. Ini kerana boleh mendatangkan kebakaran dan pencemaran asap. Menyalakan lilin bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan dan keselamatan optimum.
6) Memakai selipar
Selipar pastinya menjadi pilihan ramai. Baik lelaki atau wanita kerana sifatnya yang santai dan mudah dipakai. Terdapat satu kajian mendapati, kekerapan memakai selipar boleh mencetuskan perubahan biokimia dalam tubuh badan seseorang. Selipar boleh mengubah cara berjalan dan akhirnya menyebabkan masalah di lutut, punggung dan kekejangan. Seeloknya, jangan terlalu kerap memakai selipar.
0 comments:
Post a Comment